Click here for Myspace Layouts

Thursday 6 December 2012

kata-kata hikmah

salam buat rakan sekalian..hari ni husna nak kongsi sikit tentang kata-kata hikmah yg baru husna bace,,antaranye:



(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159


 
ini adalah antara kata-kata hikmah yg husna dapat hari ni,,semoge kata-kata ini dapat menaikkan semangat rakan-rakan dalam meneruskan kehidupan :)

Thursday 29 November 2012

HARIMAU MALAYA VS LAOS

Assalamualaikum

 Alhamdulillah,akhirnya MALAYSIA menang ke atas LAOS dengan 4-1..kedudukan yang agak kukuh..Saya sebagai rakyat MALAYSIA berharap agar pasukan HARIMAU MALAYA dapat menewaskan INDONESIA pada pertemuan akan datang.Kita sebagai rakyat MALAYSIA yang mempunyai semangat patriotik,haruslah menyokong pasukan MALAYSIA dalam apa jua keadaan..sama-samalah kita berdoa agar MALAYSIA dapat mengulangi semula kejayaan 2 tahun lepas sekali lagi menentang INDONESIA.. :)

Tuesday 20 November 2012

sob sob ~

                Assalamualaikum semua..
 Hari ni saye sdeyh sgt..Hari ni result FINAL SEM 2,2012 dah keluar..tpi result saye tak excellent pun..cume dpt 3.21 jer...tpi saye bersyukur laa.. alhamdulillah..ok laa,nak g makan..lapar pulak..hee :)

Monday 19 November 2012

Aliff Aziz - Cinta Ya Cinta

salam perkenalan

  Assalamualaikum..Name saye Nurul Husna Atirah bt Abdul Razak..Umur saye 16 tahun,tahun depan nk SPM..Saye sekolah kat MAKTAB RENDAH SAINS MARA,MERSING..
  Sebenarnye,saya tak tau nak cakap ape..By the way,anggap la ni salam perkenalan daripade saye..Saye ni tak de la pandai sangat creating blog ni..Saye masih belajar lagi..Tapi,INSYAALLAH saye akan try my best..
  Rasenye,tu je kot yang saye nak cakap kali ni..INSYAALLAH akan datang saye akan post something untuk share dengan awak semua..
  Wassalam..

--WE ARE WHO WE THINK--